fbpx

Mohamad Shofee dilantik KPD Pontian baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Shofee

PONTIAN – Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Seberang Prai Utara, Pulau Pinang dilantik menggalas tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Pontian yang baharu.

Superintendan Mohamad Shofee Tayib mengambil alih tugas daripada Superintendan Mustafa Bakri Salleh yang bersara pilihan sejak semalam.

Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu menyifatkan perlantikan tersebut merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang berat kepadanya.

“Dimana-mana pun cabaran tetap ada namun dengan sokongan serta kerjasama semua pegawai dan anggota di IPD Pontian diharap semua berjalan dengan lancar dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0

“Bagi pihak Pegawai dan anggota kami melahirkan penghargaan kepada KPD yang lama (Mustafa Bakri) di atas khidmat bakti beliau hampir empat tahun di daerah Pontian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengiringi lawatan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ke atas seorang pesara polis, Ismail Md. Topp di Kampung Puteri Menangis Laut, Benut, di sini, petang semalam. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI