fbpx

Tikam muka, kepala bapa saudara sehingga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fadhil menunjukkan senjata yang digunakan suspek untuk menikam mangsa dalam kejadian di Kampung Serom 3, Sungai Mati, Tangkak, Johor, hari ini.

TANGKAK – Berang ditegur bapa saudaranya, seorang bekas banduan tergamak menikam warga emas sebelum mangsa ditemui maut di Kampung Serom 3, Sungai Mati, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, dalam kejadian pukul 11.15 pagi itu, mangsa meninggal dunia berusia 72 tahun.

Ujarnya, mangsa maut ditikam di beberapa bahagian anggota badan termasuk muka dan kepala menggunakan sebilah pisau.

“Polis yang menerima laporan kejadian pada pukul 1.19 tengah hari berjaya menahan suspek berusia 36 tahun itu selain merampas senjata yang digunakan untuk menikam mangsa.

“Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek telah tinggal serumah sejak kecil. Pada hari kejadian, berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa ekoran pemuda itu sering ditegur bapa saudaranya untuk mencari pekerjaan.

“Bagaimanapun suspek berang dengan teguran itu sehingga berlaku perselisihan faham antara kedua mereka sebelum lelaki itu kemudian bertindak agresif menikam mangsa,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, hari ini.

Mohd. Fadhil berkata, suspek akan direman esok dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, suspek yang baru dibebaskan dari penjara pada Januari lalu turut memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI