fbpx

Sakit perut rupa-rupanya kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaiton (berdiri, dua dari kanan) menziarahi Shamsulrizal sekeluarga di Rembau baru-baru ini.

REMBAU – Seorang lelaki tidak menyangka rasa sakit perut yang dialaminya sejak tiga bulan lalu adalah petanda dia akan menghidap kanser pada salur ususnya.

Shamsulrizal Ahmad Mustafa, 41, berkata, pada mulanya dia menganggap kesakitan itu adalah sakit biasa dan hanya perlu mengambil ubat tahan sakit yang dibeli di farmasi.

Bagaimanapun katanya, dia akhirnya terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Rembau dan kemudian dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Se­remban bagi pemeriksaan lanjut memandangkan penyakit yang dialami adalah serius.

“Di HTJ, mereka pindahkan saya ke sebuah hospital swasta­ untuk menjalani imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) bagi mengetahui tahap kanser yang saya alami,” katanya.

Shamsulrizal berkata demikian ketika ditemui sempena penyam­paian sumbangan Pertubuhan Amal Anak Rembau (PAAR) di rumahnya di Pedas di sini baru-baru ini.

Menurutnya, rakan-rakan serta­ badan bukan kerajaan (NGO) ba­nyak membantu menampung kehidupannya bersama isteri serta lima orang anak berusia antara setahun hingga 13 tahun.

Buat masa ini, dia sekeluarga menetap di rumah bapa mertua­nya dan mengusahakan bengkel besi bersama adiknya.

“Namun, bengkel besi itu pula tidak dapat beroperasi ekoran Perintah Kawalan Pergerakan.

“Akibatnya, saya hilang pendapatan lebih RM2,000 sebulan dan bergantung sepenuhnya kepada wang simpanan yang semakin menyusut selain menerima bantuan kenalan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengasas PAAR, Zaiton Othman berkata, isteri Shamsulrizal, Norhafizah Mohd. Sheriff, 36, adalah pe­minjam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang perlu dibantu.

Menurutnya, banyak peniaga kecil yang terkesan akibat Co­vid-19 apabila mereka tidak dapat bekerja serta hasil jualan pula tidak memberangsangkan.

“Jadi kami hulurkan bantuan barangan keperluan untuk anak-anaknya yang masih kecil dan makanan harian bagi memastikan keluarga ini tidak terputus bekalan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional 0530041000112352 atas nama Norhafizah Mohd. Sheriff.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI