fbpx

Pengumuman di PPV ‘umpama’ berada dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan seorang sukarelawan MH Rangers membuat pengumuman di PPV Arena Axiata Bukit Jalil yang dikongsi di laman Facebook KKM.

PETALING JAYA – Umpama berada dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) apabila mendengar pengumuman yang dibuat oleh seorang sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Axiata Arena Bukit Jalil.

Menerusi klip video berdurasi 24 saat yang dikongsi di laman Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), pengumuman tersebut dibuat oleh seorang wanita yang juga anggota sukarelawan MH Rangers.

Menurut hantaran itu, sukarelawan MH Rangers terbabit dianggotai kru kabin dan juruterbang MAS.

“Pengumuman seakan-akan dalam kapal terbang oleh sukarelawan MH Rangers di PPV Axiata Arena Bukit Jalil.

“Terima kasih kerana membantu melancarkan perjalanan vaksinasi,” kata KKM.

Susulan klip video tersebut, beberapa pengguna Facebook telah meninggalkan komen dan reaksi pada hantaran itu antaranya ialah Marissa Mamat.

“Tahniah sukarelawan,” tulisnya.

Sehingga pukul 3.30 petang tadi klip video berkenaan dikongsi lebih 371 kali dan ditonton hampir 150,000 kali. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI