fbpx

Keluarga terkilan kematian anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZURAIMI (kanan) menunjukkan gambar Allahyarham Nur Natasya sambil diperhatikan Azemi di Kampung Sintok Bugis, Kota Kuala Muda semalam.

SUNGAI PETANI – Sepasang suami isteri terkilan apabila anak perempuan mereka yang sering mengadu tertekan dengan kerja kursus dan jadual pembelajaran yang padat meninggal dunia ketika dirawat di hospital kelmarin.

Nur Natasya Ezreen Azemi, 22, yang mengambil jurusan pe­ngurusan dan perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Merbok di sini itu di­sahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini kira-kira pukul 2.50 petang.

Ibu allahyarham, Zuraimi Mohd. Desa, 52, berkata, anaknya pernah mengadu terbeban de­ngan kerja kursus yang terlalu banyak sejak enam bulan lalu.

“Arwah anaknya tidak mempunyai sebarang pe­nyakit, namun sering me­ngadu sakit kepala kerana dibebani dengan kerja kursus yang perlu di­siapkan mengikut jadual ditetapkan,” ­katanya ketika ditemui di rumah­nya di Kampung Sintok Bugis, Kota Kuala Muda dekat sini semalam.

NUR NATASYA EZREEN

Nur Natasya disahkan me­ninggal dunia di HSAH di sini kelmarin selepas pengsan di rumah sewanya di Merbok ketika sedang menyiapkan kerja kursus pada pukul 3 pagi Khamis lalu.

Kematiannya mengundang spekulasi apabila ramai pelajar berkongsi mengenai kejadian itu di laman Twitter sehingga kes tersebut menjadi sohor kini ­semalam.

Menurut Zuraimi, arwah anaknya juga pernah mengeluh kerana tidak dapat menghadiri kelas bersemuka ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Tambahnya, Nur Natasya se­ring berkata dia mahukan kelas bersemuka kerana senang untuk bertanya kepada pensyarah jika ada yang dia tidak faham mengenai subjek yang dipelajarinya.

Sementara itu, bapanya, Azemi Ibrahim, 55, berkata, dia terus menghubungi ambulans sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan serumah anaknya pada pukul 3 pagi.

“Kami tidak sempat bertemu dengannya sehingga dia me­ninggal dunia pada petang Jumaat iaitu selepas 11 jam diberikan rawatan di HSAH dan doktor beritahu terdapat pendarahan dalam kepala anak saya.

“Kali terakhir kami bertemu dengannya ialah enam bulan lalu ketika pulang menjenguk kami di rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu. -K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI