fbpx

Harry, Meghan dipuji hanya mahu dua anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Harry dan isteri, Meghan Markle dianugerahkan wang berjumlah RM2,912 atas keputusan untuk memiliki maksimum dua orang anak. - WireImage

LONDON – Sebuah badan kebajikan Britain memuji tindakan pasangan diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle atas keputusan pasangan itu yang hanya mahu mempunyai dua orang anak, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Badan kebajikan Population Matters akan menganugerahkan pasangan itu wang berjumlah $695 (RM2,912) atas keputusan memilih untuk mempunyai keluarga kecil sekali gus menetapkan teladan buat orang ramai.

“Memiliki keluarga yang kecil mengurangkan impak kepada Bumi dan mewujudkan peluang yang lebih baik kepada generasi akan datang untuk menghuni di planet yang sihat.

“Kami meraikan keputusan Duke of Sussex dan isterinya yang memilih untuk mempunyai keluarga kecil kerana keluarga kecil juga boleh menjadi keluarga yang bahagia,” tulis badan kebajikan itu dalam satu kenyataan.

Pasangan tersebut memaklumkan kepada majalah British Vogue pada 2019 bahawa mereka merancang untuk mempunyai dua orang anak bagi mengurangkan impak kepada persekitaran.

Pasangan itu bulan lalu meraikan kelahiran anak perempuan yang diberi nama Lilibet. Anak sulung mereka, Archie lahir pada 2019. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI