fbpx

Dangau Rezeki bantu pengusaha pelancongan Taman Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan BGTN dan JKKK Kuala Tahan menunjukkan antara barangan keperluan yang disediakan di Dangau Rezeki di Kuala Tahan, Jerantut.

JERANTUT – Bagi menjaga kebajikan kira-kira 300 pengusaha dan penggiat pelancongan Taman Negara, Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kuala Tahan dan Bird Group Taman Negara (BGTN) bertindak proaktif melancarkan program Dangau Rezeki Komuniti Kuala Tahan di sini.

Pengerusi JKKK Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd. Rahman berkata, Dangau Rezeki itu akan menyediakan barangan keperluan dapur dan peralatan kebersihan diri untuk mereka yang memerlukan.

“Dangau Rezeki terletak di dataran tempat letak kereta Kuala Tahan berdekatan pintu masuk taman peranginan ini dibuka setiap hari dari pukul 9 hingga 10 pagi untuk penduduk yang terjejas pendapatan di sekitar Kuala Tahan.

“Kita berharap penduduk yang benar-benar terjejas dan yang memerlukan sahaja mendapatkan bantuan barang keperluan dapur di Dangau Rezeki ini dengan menghubungi petugas berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, dana dan barang keperluan dapur adalah daripada sumbangan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan.

Tambahnya sumbangan juga diperolehi daripada individu dari luar negara iaitu pelancong negara Eropah yang pernah berkunjung ke Taman Negara sebelum penularan Covid-19. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI