fbpx

Netizen Indonesia dikecam persenda wanita kulit hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara komen yang ditinggalkan oleh beberapa netizen dari Indonesia pada hantaran @Maglen_oyana. – TikTok @Maglen_oyana

JAKARTA – Netizen Indonesia menerima kecaman hebat kerana mengeluarkan komen berbaur perkauman pada sebuah hantaran TikTok seorang pesohor media sosial berkulit hitam, termasuk mempersendakan warna kulitnya, lapor portal berita Coconut semalam.

Dalam hantaran tersebut, pesohor kecantikan yang berasal dari Perancis, @Maglen_oyana, memuat naik video dirinya yang sedang melakukan rutin kecantikan dengan memakai beberapa jenis topeng wajah.

Video yang mendapat jumlah tontonan sebanyak 3.2 juta tersebut kemudiannya menerima beberapa komen negatif daripada netizen dari Indonesia dengan menyifatkan  @Maglen_oyana sebagai tidak cantik.

“Kamu tidak cantik, saya mahukan kulit saya menjadi cerah, dan bukannya hitam,” komen seorang netizen.

“Bagaimana kamu masih kekal hitam sedangkan kamu telah memakai pelbagai jenis produk kecantikan,” tulis seorang lagi pengguna.

“Tiada gunanya kamu memakai semua produk tersebut, lebih baik kamu berikan sahaja kepada saya,” tulis seorang lagi netizen.

Komen-komen tersebut menerima kecaman daripada ramai pengguna lain yang menyelar sikap perkauman dan menghina warna kulit seseorang.

Beberapa netizen yang turut berasal dari Indonesia bagaimanapun tampil menjernihkan keadaan dengan meminta maaf daripada Oyana bagi pihak mereka dan memuji kecantikan kulit wanita itu.

Mereka turut mengingatkan pengguna lain agar mengutamakan adab dan kesopanan ketika berinteraksi di media sosial selain perlu memahami bahawa kecantikan tidak memandang pada warna kulit. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN