fbpx

Hospital di Selangor sedia tampung pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Indera Dr Sha'ari Ngadiman berucap pada sidang akhbar Program Outreach Vaksinasi PKPD Pangsapuri Sri Ayu. - foto : AMIR KHALID

BANGI – Fasiliti kesihatan negeri Selangor bersedia bagi menampung keadaan kririkal kes Covid-19 yang mendadak di negeri itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Indera Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, beberapa fasiliti hospital di Selangor kini dalam keadaan bersiap-sedia untuk menerima bilangan pesakit yang semakin meningkat.

“Baru-baru ini saya membuat lawatan penyeliaan di Hospital Ampang yang mana kita telah meningkatkan lagi bilangan katil-katil untuk menampung pesakit Covid-19 terutamanya bagi pesakit kategori tiga, empat dan lima.

“Bilangan katil unit rawatan rapi (ICU) juga telah ditambah. Manakala di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pula, kita telah menggunakan semula beberapa wad untuk dijadikan wad-wad biasa selain menjadikan pusat rawatan harian tempat merawat pesakit,” katanya kepada pemberita selepas lawatan di Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Baru Bangi, di sini hari ini.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor juga bakal memaklumkan sebuah lagi hospital yang akan dijadikan sebagai hospital Covid-19 sekiranya diperlukan.

“Kita juga telah menambah keperluan di Hospital Serdang, di mana proses penambahan telah disediakan termasuk menambah 40 buah katil di hospital tersebut.

“Selain itu, sebanyak 1,000 penumpu oksigen dan 1,000 tabung oksigen juga telah ditambah di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sha’ari memaklumkan pihaknya juga telah menerima petugas-petugas kesihatan yang mobilisasidari negeri Perlis, Perak, Terengganu dan Sabah untuk membantu.

“Bagi menggunakan sumber yang sedia ada, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) juga digunakan untuk kes-kes Covid-19 serta sebahagian pesakit bukan Covid-19 dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Bermula hari ini juga, ruang bawah tanah HATTM telah digunakan kerana ruang itu memang direka khas untuk sebarang bencana. Ruang bawah tanah itu boleh diubah-suai pada bila-bila masa kepada fungsi wad kerana setiap tiang itu mempunyai port oksigen untuk merawat pesakit,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI