fbpx

Bola golf disambar petir ketika melantun di udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Detik-detik ketika bola golf tersebut disambar petir ketika berada di udara. - Instagram / @tomas.gomezzzz

LONDON – Seorang remaja yang sedang leka bermain golf ketika cuaca  ribut terkejut apabila bola golf yang dipukulnya disambar petir ketika  melantun di udara, lapor akhbar The Sun hari ini.

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, Tomas Gomez, 18, bersama rakan dan adik-beradiknya dilihat sedang bermain golf jenis ‘topgolf’ dalam keadaan cuaca buruk.

Dia kemudiannya memukul bola golf yang melantun pada kelajuan 142 kilometer sejam sebelum disambar petir secara tiba-tiba.

“Apabila saya melihat petir tersebut, gerak hati saya menyuruh saya berlari.

“Bagaimanapun, saya terjatuh di atas lantai yang basah dan bersyukur kerana petir tersebut menyambar bola golf, dan bukannya saya,” katanya.

Sementara itu, menurut jurucakap Topgolf, sejurus selepas kejadian tersebut, pihaknya mengikuti protokol keselamatan dan membawa kesemua pengunjung ke dalam bangunan.

“Kebiasannya, kami tidak mengarahkan pengunjung untuk keluar dari bangunan, sebaliknya membawa mereka masuk ke dalam bangunan sehingga ribut berakhir,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI