fbpx

Othman dilantik Pengarah Kesihatan Negeri Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Othman (kiri) dan Noor Hisham.

PETALING JAYA – Dr. Othman Warijo dilantik menjadi Pengarah Kesihatan Negeri Kedah yang baharu bagi menggantikan Dr. Mohd. Fikri Ujang berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Mohd. Fikri pula berpindah ke Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan.

Katanya, sebelum ini, Othman merupakan Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sejak tahun 2016.

“Beliau merupakan seorang Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam yang berpengalaman luas di dalam bidang kesihatan awam dan pengurusan.

“Selamat menjalankan tugas dan amanah. Semoga kecemerlangan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dapat diteruskan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Antara jawatan yang pernah disandang Othman ialah Pegawai Epidemiologi Negeri Selangor; Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM; Pegawai Kesihatan Daerah Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Ketua Penolong Pengarah Kanan (Perkembangan Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI