fbpx

Lelaki AS hadapi krisis ‘kemelesetan persahabatan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu daripada lima rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai sahabat karib. – Getty Images

NEW YORK – Satu kajian mendapati satu daripada lima rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai sahabat karib akibat pandemik yang membawa kepada keadaan dikenali sebagai ‘kemelesetan persahabatan’, lapor akhbar New York Post semalam.

Menurut kajian oleh Pusat Kaji Selidik Kehidupan Rakyat AS, bilangan lelaki negara itu yang tidak mempunyai sahabat karib meningkat lima kali ganda sejak tahun 1995 daripada tiga peratus kepada 15 peratus.

Manakala individu yang mengaku mempunyai sekurang-kurangnya enam sahabat karib pula menurun kepada 27 peratus daripada 55 peratus sepanjang tempoh sama.

Kajian sama turut mendapati bahawa hanya 59 peratus rakyat AS termasuk lelaki dan wanita mempunyai sekurang-kurangnya seorang sahabat karib sekali gus penurunan berbanding 77 peratus pada tahun 1990.

Sementara itu, golongan lelaki turut mengakui kurang menerima sokongan emosi daripada rakan- mereka berbanding wanita, namun, sokongan emosi yang diterima adalah lebih kuat jika mereka mempunyai rakan karib wanita.

Sementara itu, kaji selidik sama turut mendapati bahawa tempat kerja merupakan lokasi yang sering digunakan oleh rakyat  AS untuk menjalinkan persahabatan.

Bagaimanapun,  waktu kerja lebih panjang, aktiviti bertukar kerja secara kerap dan pelaksanaan bekerja dari rumah menyebabkan persahabatan di tempat kerja semakin sukar untuk dibina dan dikekalkan.

Selain itu, satu lagi penyebab kepada kesunyian yang dihadapi lelaki adalah hubungan bersemuka yang renggang akibat penggunaan media sosial dan teknologi komputer. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN