fbpx

India umum pakej kecemasan Covid-19 RM12.6 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang petugas kesihatan sedang melakukan ujian calitan Covid-19 ke atas seorang penduduk di sebuah pusat kesihatan di Bangalore, kelmarin. – AFP

NEW DELHI – Kerajaan India meluluskan peruntukan kecemasan baharu berjumlah lebih AS$3 bilion (RM12.6 bilion) bagi menangani wabak Covid-19 yang masih berlarutan, lapor agensi berita Xinhua semalam.

Pengumuman tersebut dibuat selepas mesyuarat pertama kabinet baharu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Narendra Modi pada Rabu lepas.

“Kabinet persekutuan telah bersetuju meluluskan peruntukan baharu yang dinamakan Pakej Tindak Balas Kecemasan dan Kesediaan Sistem Kesihatan Covid-19 India: Fasa II yang berjumlah lebih AS$3 bilion (RM12.6 bilion) bagi tahun kewangan 2021-2022.

“Skim ini bermatlamat untuk mempercepatkan kesediaan sistem kesihatan bagi tindak balas segera untuk pencegahan awal, pengesanan dan pengurusan Covid-19.

“Ini termasuk Penjagaan Pediatrik ,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Daripada jumlah keseluruhan yang diumumkan, lebih AS$2 bilion (RM8.4 bilion) akan digunakan oleh kerajaan persekutuan dan lebih AS$1 bilion (RM4.2 bilion) diperuntukkan kepada kerajaan-kerajaan negeri.

Terdahulu pada Rabu lepas, Modi melakukan rombakan kabinet berikutan lonjakan kes Covid-19 dan sebagai persediaan menghadapi  pilihan raya negeri di India.

Mansukh Mandaviya mengambil alih tugas sebagai Menteri Kesihatan Persekutuan dan Kebajikan Keluarga bagi menggantikan Harsh Vardhan yang meletakkan jawatan susulan rombakan tersebut.

Harsh dikeluarkan daripada senarai menteri kabinet baharu selepas dikritik hebat susulan peningkatan kes koronavirus pada April dan Mei lepas. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI