fbpx

Tiada rundingan, operasi diteruskan di Raub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Operasi pembersihan kebun durian haram dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub akan diteruskan seperti dijadualkan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Mohd Hizamri Mohd Yassin berkata, tidak ada arahan untuk berunding dengan mana-mana pihak bagi menghentikan operasi yang bermula Ahad lalu itu.

“Kita tidak menerima arahan khusus daripada kerajaan negeri untuk berunding dan sebagainya.

“Kalau kerajaan negeri suruh berunding, kita berunding, tetapi setakat ini tidak ada (arahan) jadi operasi diteruskan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau memaklumkan operasi berkenaan melibatkan kawasan seluas 101 hektar dan semua pokok durian yang ditebang akan digantikan dengan pokok hutan yang bersesuaian.

Mohd Hizamri berkata, pihaknya pernah menganjurkan sesi dialog bersama pengusaha kebun durian haram itu sekitar tahun 2019, namun tidak mendapat reaksi positif selepas pihaknya mencadangkan pengusaha terbabit mengemukakan permohonan rasmi kepada kerajaan negeri. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI