fbpx

Sasar kutipan lebih RM1.7 juta bidaan plat DED

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iklan bidaan nombor siri pendaftaran DED yang dikeluarkan oleh JPJ Kelantan hari ini.

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyasarkan kutipan melebihi RM1.7 juta bagi bidaan nombor siri pendaftaran kenderaan DED yang dibuka bermula esok hingga 13 Julai ini.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, sasaran bidaan selama lima hari itu merangkumi nombor siri pendaftaran DED 1, DED 8, DED 11 dan DED 88.

Katanya, bagi siri nombor pendaftaran utama, harga minimum ditetapkan sebanyak RM20,000, nombor menarik (RM3,000), nombor popular (RM800) dan nombor biasa (RM300).

“Ia dijalankan menerusi bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara dalam talian (JPJeBid) mengikut harga minimum yang telah ditetapkan iaitu kenaikan bidaan minima pada kadar lima peratus.

“Bidaan terbuka kepada warganegara dan penduduk tetap negara ini yang berusia 18 tahun ke atas termasuk perniagaan dan syarikat yang berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Hanif Yusabra, bagi pembida individu, had kelayakan menjadi pemenang adalah sebanyak tiga nombor kenderaan bagi setiap siri manakala bagi syarikat atau perniagaaan lima nombor kenderaan bagi setiap siri.

Katanya, pendaftaran boleh dilakukan di www.jpjebid.jpj.gov.my atau melalui aplikasi mudah alih, JPJeBid dan keputusan bidaan akan diumumkan pada 14 Julai ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI