fbpx

Rakyat terhimpit, politikus menjadi-jadi – Fizo Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIZO OMAR menyenaraikan beberapa kepincangan dalam negara ketika ini.

PETALING JAYA – Di sebalik peningkatan kes postif Covid19, begitu juga dengan angka bunuh diri, suhu huru-hara dalam kerajaan dan ekonomi yang menjunam teruk, pelakon Fizo Omar tampil menzahirkan kekecewaan dengan corak pimpinan segelintir ahli politik dalam pentadbiran dan pengurusan negara yang disifatkannya semakin menjadi-menjadi.

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik dalam Instagram, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar menyenaraikan kepincangan dalam negara, sekali gus merayu para pemimpin untuk bersatu hati dalam menangani kemelut rakyat yang sedang meruncing dan berjuang untuk hidup ketika ini.

“Apa nak jadi dengan negara kita Malaysia ini. Patutnya bila Allah berikan ujian untuk kita semua, waktu inilah kita bersama-sama menghadapinya dan cari jalan penyelesaian terbaik.

“Rakyat menderita, kalau dah ada yang sampai sanggup bunuh diri, tiada duit nak makan, tempat tinggal, itu dah terlampau teruk. Waktu inilah kami sebagai rakyat mengharapkan kebijaksanaan para pemimpin, semua yang menabur pelbagai janji kepada rakyat sebelum ini.

“Bagaimana kita nak mendepani cabaran Covid ini kalau masalah dalaman negara kita tidak berkesudahan,” tulisnya kesal.

Pada perkongsian sama, bekas suami kepada usawahan popular, Mawar Karim itu turut memberi gambaran senario tentang apa yang berlaku masa kini.

“Sebagai anak-anak, sangat sedih bila setiap hari melihat ibu bapa bergaduh, bertengkar berebut kuasa, tidak ada persefahaman, memfitnah antara satu sama lain. Itulah diibaratkan keadaan sekarang ini.

“Diharap suara kecil saya sebagai salah seorang jutaan rakyat Malaysia didengari dan diambil peduli oleh pemimpin yang diamanahkan rakyat untuk menjaga kami semua,” rayunya.

Semalam, dalam kekalutan negara yang masih berdepan situasi pandemik Covid-19 yang semakin meruncing, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Datuk Seri Ismail Yaacob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pelantikan tersebut akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI