fbpx

Imam jual petai musim lockdown

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Yusuf melayan seorang pelanggan memilih petai yang dijualnya pada harga RM5 seikat.

ALOR GAJAH – Seorang imam di Masjid Ihsanuddin, Kampung Gangsa, di sini mampu meraih pendapatan lebih RM200 sehari dengan hanya menjual petai di atas motosikal sepanjang tempoh sekatan penuh pergerakan.

Md. Yusuf Mohd. Nor, 57, berkata, setiap hari sebanyak 80 papan petai laris terjual pada harga RM5 seikat dengan penjualan turut dibuat secara bayaran semasa penghantaran (COD).

Katanya, permintaan petai itu mula meningkat melebihi jumlah bekalan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sehingga ada pelanggan yang kecewa apabila tidak dapat ‘merebut’ ulam tersebut.

“Saya ambil bekalan petai ini daripada kawan dan setiap hari kira-kira 80 papan sahaja yang ada untuk dijualkan pada harga RM5 seikat.

“Permintaan petai memang tinggi, sehinggakan ada yang kecewa kerana petai telah habis dijual sebelum mereka dapat membelinya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, dia memberitahu, dia juga membuka tempahan petai kepada orang ramai dengan mengiklankannya di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI