IPOH – Tiada insiden telefon pintar pemberian kerajaan negeri Perak kepada pelajar miskin dan B40 dilaporkan terbakar sejak diedarkan bulan lalu sehingga hari ini.
Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, pihaknya tidak tahu lokasi berlakunya insiden telefon pintar pemberian kerajaan meletop yang tular di media sosial sejak semalam.
“Setakat ini belum ada laporan lagi dikatakan berlaku telefon terbakar (pemberian kerajaan negeri),” katanya pada sidang akhbar secara dalam talian di sini.
Saarani berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai ciapan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berkongsi insiden kejadian telefon pintar tersebut.

Syed Saddiq turut meminta agar telefon pintar itu ditarik semula dan digantikan dengan lebih berkualiti.
Dalam pada itu, Saarani turut memaklumkan pemberian telefon pintar jenama YES daripada Yayasan YTL di negeri ini mendapat sambutan daripada orang ramai.
“Yang cantiknya lebih ramai permintaan, orang ramai minta telefon itu,” katanya ringkas.
Sebelum ini kerajaan negeri Perak menerima pelbagai kecaman selepas dikatakan memberi telefon pintar berspefikasi rendah dan murah kepada pelajar miskin dan B40 bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Saarani dalam kenyataannya pada Jun lalu menyifatkan pemberian telefon pintar jenama YES yang mempunyai spesifikasi rendah kepada pelajar miskin di negeri ini memadai untuk mengikuti sesi PdPR. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














