fbpx

‘Terciduk’, Superman memang pak cik Thomas, bukan imaginasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Henry Cavill bersama anak buahnya, Thomas.

ADA satu kisah tentang pelakon Hollywood terkenal dengan karakter adiwira Superman, Henry Cavill yang menjadi bualan ramai dalam rangkaian sosial untuk profesional, LinkedIn.

Seorang guru ‘terciduk’ apabila tidak mempercayai kanak-kanak yang sering berpakaian ‘Superman’. Kanak-kanak yang bernama Thomas itu sering mengatakan bapa saudaranya adalah Superman.

Guru berkenaan bertanya: “Mengapa anda sering pakai pakaian itu? Anda tidak dibenarkan untuk pakai pakaian ini di sekolah.”

Thomas menjawab: “Sebab Superman adalah bapa saudara saya.”

Guru itu kemudian menerangkan yang Superman tidak wujud namun Thomas berkeras yang adiwira itu memang wujud.

Selepas selesai waktu persekolahan, guru itu mendekati ibu Thomas dan berkata: “Kita tidak menggalakkan anak-anak kita menipu dan anda juga tidak patut buat perkara sama. Anak anda memberitahu semua orang yang bapa saudaranya seorang Superman.

“Oh, dia (Thomas) tidak menipu. Superman memang bapa saudaranya,” jawab ibu Thomas dengan senyuman.

Henry menghantar anak buahnya sendiri ke sekolah sebagai bukti dia yang terkenal dengan karakter Superman memang bapa saudara kepada kanak-kanak itu.

Dalam satu temu bual sebuah rancangan bual bicara, Live Kelly & Ryan, Henry memaklumkan yang Thomas sememangnya darah dagingnya dan mengesahkan kisah tersebut.

“Saya ada ramai anak buah lelaki dan seorang anak buah perempuan. Ada satu kisah tentang anak buah saya bernama Thomas dan itu memang benar,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI