fbpx

Stesen kereta api lantik kucing jadi pemburu tikus tetap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kucing bernama George dipakaikan tag nama khas sempena pelantikannya sebagai pemburu tikus di Stesen Kereta Api Stourbridge Junction. - Carters News Agency

LONDON – Seekor kucing comel di London secara rasminya dilantik menjadi pemburu tikus kanan di sebuah stesen kereta api, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Kucing baka moggy berbulu kuning kemerah-merahan bernama George itu akan bertugas di Stesen Stourbridge Junction, West Midlands selepas tiga tahun melakukan kerja sukarela menangkap tikus di sana.

Menurut kakitangan stesen, George sering meletakkan bangkai tikus yang ditangkapnya di depan pintu pejabat sebagai penghargaan mengambilnya sebagai haiwan peliharaan angkat.

“George mula tinggal di stesen ini apabila penyelia tiket, Ian Tomlinson, 66, membawanya ke tempat kerja tiga tahun lalu.

“Pemilik asal George meminta Tomlinson mengambil kucing itu sebagai haiwan selepas mereka berpindah,” kata pengurus stesen, Simone Carter.

Tambah Carter, kucing itu disayangi oleh semua pengunjung stesen dan sering dimanjakan oleh sesiapa yang mengenalinya.

“George kini dipakaikan lencana khas kerana telah dilantik sebagai pemburu tikus kanan bagi memastikan tiada haiwan perosak berkeliaran di stesen ini,” tambah Carter.

Populariti George tidak hanya terhad di stesen itu sahaja apabila kucing itu mempunyai akaun Twitter sendiri yang dikendalikan Tomlinson untuk mengemas kini aktiviti hariannya dan memiliki pengikut dari seluruh dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI