fbpx
Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat selepas sebuah kereta ditemui tenggelam di dalam paya di Jalan Rantau Panjang-Lalang Pepuyu hari ini. - Foto BOMBA RANTAU PANJANG

Pemandu maut, kereta terbabas masuk paya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANTAU PANJANG – Mayat seorang lelaki ditemui di dalam sebuah kereta yang dipercayai terbabas sebelum masuk ke dalam sebuah paya di Jalan Rantau Panjang-Lalang Pepuyu dekat Kampung Lubok Stol di sini hari ini

Mangsa, Abdullah Taifur Mohd. Yusoff, 40, ditemui berada di dalam kereta jenis Perodua Myvi oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang selepas menjalankan operasi menyelamat di kawasan paya sedalam tiga meter itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan sebuah kereta di dalam paya pada pukul 11.38 pagi.

“Pemeriksaan di lokasi itu mendapati, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipercayai telah terbabas dan masuk ke dalam paya.

“Kita juga menjumpai mayat mangsa yang sudah meninggal dunia di dalam kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Imran, bomba menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, penduduk di kawasan itu menjumpai kereta dipandu mangsa sudah tenggelam di dalam paya berkenaan pada pukul 11.30 pagi sebelum melaporkan kejadian kepada pihak bomba. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN