fbpx

Gara-gara PKPD, Awal Ashaari bimbang rumah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AWAL meluahkan rasa kesal apabila rumah yang belum didudukinya mengalami kerosakan teruk.

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Awal Ashaari tidak berpuas hati apabila terpaksa menanggung sendiri kos kerosakan dalaman rumah gara-gara proses pengubahsuaian yang tertangguh ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStorynya semalam, suami kepada pelakon dan pengacara Scha Alyahya itu meluahkan rasa kesal apabila kerosakan yang berlaku itu bukan kecil, tetapi turut melibatkan beberapa bahagian penting dalam rumahnya.

“Hari ini cermin tercabut, sebelum ini Cornish (bahagian pada siling) jatuh, kayu-kayu semua sudah merekah. Lepas habis PKPD ini, rumah saya runtuh agaknya,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, penngacara Melodi itu turut menjelaskan banyak kerosakan berlaku sekiranya proses pengubahsuaian tergendala lama dalam tempoh yang lama.

“Panas, sejuk, panas, lembap tapi tidak ada orang duduk. Pintu kabinet semua sudah membengkok sebab lama terbiar.

“Siapa yang kena tanggung semua ni? Owner (pemilik) juga,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI