fbpx

Dahsyatnya cara Aurel Hermansyah pakai wangian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUREL HERMANSYAH

SELEPAS mencuri perhatian kerana membeli sebuah sangkar kucing berharga hampir RM30,000, penyanyi Aurel Hermansyah sekali lagi menjadi buah mulut netizen tentang cara penggunaan minyak wangi.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok miliknya, Aurel dilihat menyembur minyak wangi dengan banyak pada seluruh tubuhnya.

“Pakai minyak wangi dengan banyak, biar ketika suami cium hatinya menjadi senang,” kata anak kepada diva terkenal Indonesia, Krisdayanti itu.

Selain itu, minyak wangi yang digunakan Aurel turut menjadi perhatian apabila hasil maklumat yang diperolehi mendapati harga minyak wangi tersebut adalah berharga tiga juta rupiah (RM861) sebotol.

“Sembur minyak wangi berharga tiga juta rupiah seperti harganya cuma 300,000 rupiah (RM86) sahaja,” komen salah seorang pengikutnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI