fbpx

Buruh seberangi sungai ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang awam menunjukkan lokasi jambatan yang mahu diseberangi seorang pekerja buruh sebelum dihanyutkan arus deras di Sungai Kuala Abai semalam. -Foto: IHSAN IPD KOTA BELUD

KOTA BELUD – Seorang buruh yang cuba menyeberangi sungai semata-mata untuk mematikan mesin kimpalan ditemui lemas dalam kejadian di Sungai Abai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, mayat lelaki tempatan berusia 22 tahun berasal dari Ranau ditemui pada pukul 2.03 petang oleh penduduk kampung sekitar 100 meter dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Katanya, lokasi kejadian adalah tapak jambatan sementara Projek Pan Borneo yang masih dalam pembinaan.

“Jambatan itu belum disambung ke seberang sungai untuk memberi laluan kepada bot orang kampung yang melalui sungai terbabit.

“Berdasarkan percakapan seorang saksi di tempat kejadian, dia mendakwa bersama mangsa sebelum kejadian pada pukul 12.25 tengah hari,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Menurut saksi, tujuan mangsa terjun ke sungai itu bagi memadamkan mesin kimpalan yang berada di seberang sungai.

“Saksi ada melarang mangsa untuk menyeberangi sungai kerana bahaya namun dia tetap terjun dan mengambil keputusan melalui sungai itu kerana laluan singkat,” katanya.

Mengulas lanjut, Sahimi berkata, saksi memaklumkan melihat mangsa hanyut dibawa arus ketika menyeberangi sungai berkenaan.

“Mangsa ketika hanyut sempat meminta pertolongan tetapi saksi tidak berani kerana kedudukan mangsa agak jauh. Mangsa terus tenggelam dan dipercayai lemas,” katanya.

Beliau berkata, mangsa ditemui oleh penduduk kampung pada hari sama sekitar pukul 2.03 petang sebelum mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Sahimi menyatakan siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI