fbpx
Anggota bomba cuba mengeluarkan seorang bayi yang terkunci dalam kenderaan milik bapanya dalam kejadian di Taman Negeri, Port Dickson pagi tadi. - FOTO: IHSAN BOMBA

Bomba selamatkan bayi terperangkap 10 minit dalam kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Seorang bayi perempuan berusia setahun lapan bulan berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas terkunci selama 10 minit dalam kenderaan milik bapanya dalam kejadian di Taman Negeri, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 7.58 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kami mendapati seorang bayi terperangkap di dalam sebuah kereta jenis Honda Jazz.

“Tindakan pantas pihak bomba dengan menggunakan peralatan khas untuk membuka kunci pintu bahagian dalam dan berjaya mengeluarkan bayi tersebut dengan selamat dan kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kerosakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pihak bomba mengambil masa selama lima minit untuk mengeluarkan mangsa.

“Bayi selamat namun dalam keadaan panik. Kami mengambil masa lima minit untuk mengeluarkannya.

“Kami dimaklumkan bayi tersebut terkunci di dalam kenderaan berkenaan ketika bapanya keluar membeli nasi lemak di kedai berhampiran,” katanya lagi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN