fbpx

Bank digital bakal ubah landskap perbankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penubuhan bank digital di Malaysia bakal mengubah landskap perbankan tempatan dengan keupayaan untuk memberi pembiayaan pada kos lebih rendah tanpa keperluan menyediakan premis fizikal yang memerlukan perbelanjaan operasi tinggi.

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewa­ngan Islam Global (Inceif), Prof, Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, perkhidmatan bank digital juga mampu menjadi lebih telus dengan penyediaan semua maklumat yang diperlukan dengan menggunakan platform digital, operasi yang lebih cekap dengan pengurangan keperluan pemprosesan serta capaian yang lebih meluas.

“Pengeluaran sehingga lima lesen bank digital adalah satu langkah permulaan, saya pasti bank pusat akan menambah le­sen pada masa depan.

“Saya melihat operasi bank digital di negara ini mampu menjadi seperti pembiayaan P2P (peer to peer) di China, yang mana jauh lebih besar pe­ranannya berbanding bank biasa di sana dan mampu mewujudkan persaingan sihat kepada bank-bank sedia ada,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi baru-baru ini.

Bank Negara Malaysia pada Jumaat lalu me­ngumumkan sebanyak 29 permohonan untuk mendapatkan lesen bank digital telah diterima setelah tempoh permohonan selama enam bulan berakhir pada 30 Jun lalu.

Menurutnya, permohonan diterima daripada pelbagai pihak termasuk bank, konglo­merat industri, firma teknologi, penyedia perkhidmatan e-dagang, syarikat teknologi kewa­ngan, koperasi termasuk beberapa kerajaan negeri.

Baharom menjelaskan, bagi pengeluaran sehingga lima lesen bank digital oleh bank pusat yang dijangka mula beroperasi pada tahun 2022, ia wajar diberi ke­utamaan kepada institusi yang ingin menawarkan perkhidmatan perbankan Islam.

Tambah beliau, teras perkhidmatan perbankan patuh syariah adalah selari dengan prinsip asas bank digital yang mengutamakan keterangkuman dan memberi perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan.

“Asas mewujudkan bank digital adalah untuk menawarkan perkhidmatan perbankan kepada semua, termasuk usahawan kecil dan golongan yang sering tercicir daripada mendapatkan pembiayaan daripada bank konvensional.

“BNM juga perlu memilih ins­titusi yang memiliki sumber kewangan kukuh dan memiliki kemampuan untuk bertahan bagi mendapatkan keyakinan pelanggan, jadi saya agak selesa sekiranya lesen bank digital ini diberi kepada kerajaan negeri yang memohon,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI