fbpx

‘Sampai bila nak harapkan bantuan? Ikhtiarlah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDA mahu rakyat Malaysia terus ikhtiar mencari rezeki dan jangan terlalu bergantung harap dengan bantuan yang diberi.

PETALING JAYA – Dikritik netizen kerana bermulut lancang mengatakan sesetengah rakyat Malaysia malas berusaha dan mengharapkan bantuan semata-mata pada musim pandemik Covid-19, usahawan Datuk Seri Vida berkata, dia juga pernah hidup dalam kesusahan suatu ketika dahulu.

Katanya, kejayaan dan rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.

“Mungkin ada yang tidak sependapat dengan saya tapi ingin saya tegaskan, sampai bila hidup nak mengharapkan bantuan? Bumi Allah ini luas dan banyak cara untuk menjana pendapatan.

“Kalau terpaksa berkurung disebabkan lockdown, ikhtiarlah. Boleh pacak gerai depan rumah dan berniaga. Itu namanya usaha. Dengan usaha, insya-Allah, rezeki yang lebih besar akan diberikan Allah kepada hamba-hamba-Nya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ujar pemilik nama lengkap Hasmiza Othman itu lagi, dia juga pernah hidup susah dan apa yang mengubah status hidupnya adalah usaha yang tidak mengenal erti putus asa.

“Saya pun bukan lahir dalam dunia ini terus hidup senang. Dan, saya tak pernah sombong dan lupa diri berada di atas dan tak tengok bawah sebab saya pun pernah rasa hidup susah.

“Pegangan hidup saya, start dan don’t get stucked (mulakan dan jangan tersekat). Mulalah dengan sesuatu walaupun dibebani kesusahan.

“Jual alat solek ke, berniaga depan rumah ke. Ada orang pergi urut guna minyak masak dan bawang putih pun boleh dapat RM20. Yang penting usaha dan bukannya saya tak faham kesusahan orang,” katanya lagi.

Terdahulu, Vida menjadi buah mulut ramai apabila dikatakan tidak sensitif apabila memuat naik video dalam aplikasi TikTok ketika singgah membeli sesuatu di gerai kecil milik anak muda di sebuah kawasan perumahan.

Difahamkan, Vida memuat naik video tersebut bagi menjawab pertanyaan daripada pengikutnya yang memohon bantuan makanan.

“Janganlah guna alasan PKP pendapatan terjejas nak beli pampers (lampin pakai buang) anak tak boleh, usaha. Tengok adik ni usaha. Pendapatan RM200-RM250 sehari, kau mampu? Janji ada keinginan, janji ada usaha dan yang pentingnya kena bersih dan menu sedap,” katanya.

Dalam pada itu, Vida turut meminta golongan yang terjejas di luar sana supaya berusaha daripada hanya bergantung harapan dengan bantuan kempen bendera putih sahaja. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI