fbpx

Sisa kimia dibuang secara sengaja, bukan kebocoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sisa kimia yang didakwa menyebabkan penyemaran Sungai Sengkang dan Sungai Skudai, Johor.

ISKANDAR PUTERI – Pemeriksaan terhadap kejadian bahan kimia yang memasuki Sungai Sengkang dan Sungai Skudai sehingga menyebabkan berlakunya pencemaran sungai semalam dipercayai dilakukan secara sengaja.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan pemeriksaan dijalankan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

“Hasil pemantauan mendapati 116 tong IBC serta tiada yang pecah dan tumpahan bahan kimia itu berkemungkinan disebabkan telah dibuang dengan sengaja oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Penelitian itu berdasarkan kepada analisis sebaran dan aliran bahan kimia di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Tinggi II Bakhtiar Selamat melaporkan berlakunya tumpahan bahan kimia di sungai berkenaan sehingga menyebabkan beberapa penduduk setempat mengalami gejala mual, muntah dan pening kepala.

Bakhtiar dilaporkan berkata, siasatan mendapati terdapat tumpahan bahan kimia di lokasi melibatkan Methyltriocdylam Monium Chloride, Hydrogen Peroxide Solution dan N-Methyl Cyclohexylamine.

Tambah Vidyananthan, tumpahan cecair tersebut adalah berwarna kehitaman dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI