fbpx

Isu diskriminasi vaksin AstraZeneca akan dibincangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan berbincang dengan Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Michalis Rokas berhubung isu diskriminasi vaksin AstraZeneca.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini berkata, pihaknya akan berbuat demikian bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai perkara itu.

“Tiada alasan untuk Agensi Perubatan Eropah (EMA) untuk mendiskriminasikan vaksin AstraZeneca biarpun ia dikeluarkan daripada fasiliti yang berbeza.

“Saya ingin menjelaskan bahawa semua fasiliti yang mengilangkan vaksin itu menggunakan formulasi sama malah, semua fasiliti ini mengamalkan Amalan Pengilangan Baik (GMP),” katanya.

Justeru, katanya, tiada alasan untuk EU mendiskriminasikan antara satu fasiliti AstraZeneca-Oxford dengan fasiliti yang lain.

Sebelum ini, Agensi Perubatan Eropah (EMA) tidak mengiktiraf vaksin keluaran AstraZeneca-Oxford yang dikilangkan di Korea Selatan, Thailand dan Jepun.

Malaysia adalah antara negara yang menggunakan vaksin AstraZeneca daripada pengeluar SK Bioscience Korea Selatan dan Siam Bioscience Thailand. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI