fbpx

‘Isteri yang suami hilang kerja, paling ramai minta bantuan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROZITA CHE WAN

PETALING JAYA – Selebriti terkenal, Rozita Che Wan mendedahkan hampir semua pemohon bantuan daripadanya terdiri daripada isteri-isteri kepada lelaki yang hilang punca pendapatan sepanjang pandemik Covid-19. 

Meluahkan kesayuan atas nasib malang yang menimpa golongan tersebut, Rozita atau nama lengkapnya, Rozita Abu Bakar, 48, berkata, dia tidak dapat membayangkan kesusahan dan beban yang ditanggung seorang isteri, apatah lagi seorang ibu sekiranya suami mereka hilang pekerjaan. 

“Banyak sangat DM (mesej peribadi) masuk dan kebanyakan yang minta derma atau bantuan wang adalah golongan wanita. 

“Ada yang suami mereka bermasalah, suami kena buang kerja, sakit dan sebagainya. Sebagai seorang wanita, saya rasa sangat terkesan dengan situasi ini dan berharap urusan mereka semua dipermudahkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online. 

Rozita yang mesra disapa sebagai Che Ta itu menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak perlu rasa segan untuk memohon bantuan kerana pada waktu sekarang, setiap orang perlu menjaga dan mengambil tahu kedudukan dan kondisi antara satu sama lain.

“Ada yang malu nak cerita kepada saya yang mereka sedang susah sekarang, saya cakap, nak malu atau nak teruskan hidup. 

“Kita bukan nak malukan mereka tapi nak tolong seberapa yang boleh. Pada masa sama, kita juga nak elakkan kalau ada yang ‘buat-buat’ susah dan ambil kesempatan dengan bantuan yang kita berikan,” ujarnya lagi. 

Sabtu lalu, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu berasa terpanggil untuk memberikan bantuan dalam bentuk kewangan kepada mereka yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19 negara yang masih belum menunjukan jalan reda. 

Che Ta turut bertindak memberikan bantuan buat yang benar-benar dalam kesusahan dengan meminta mereka meninggalkan butiran nama, alamat dan nombor akaun bank di bawah ruangan komen satu hantaran status yang dimuat naik. 

Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut menyarankan orang ramai terutama golongan wanita supaya berusaha mencari rezeki walaupun sekarang banyak kekangan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). 

“Saya faham ada yang kena buang kerja. Buat juga kerja lain. Macam saya tak boleh berlakon tetapi di rumah pun boleh jana wang, saya jual kuih. 

“Jangan lazimkan dalam minda apabila sudah habis kerja atau tiada pekerjaan makan gaji, tak boleh buat apa dah gelap dunia dan nak kena minta tolong orang lain. 

“Saya bukan nak menidakkan kesusahan orang. Tidak. Tetapi, selagi kita boleh usaha, kita usaha sebab tak semestinya tak boleh keluar rumah, tak boleh cari makan. Banyak benda boleh buat di rumah.

“Contohnya berniaga makanan,” kata Che Ta yang turut mengusahakan perniagaan kek lapis pandan keju menerusi @daridapoqcheta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI