fbpx

Ibu hamil perlu diutamakan terima vaksin – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan arahan kepada setiap Pengarah Kesihatan Negeri supaya mengutamakan pemberian vaksin Covid-19 kepada ibu hamil dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Perkara itu dinyatakan menerusi pekeliling terbaharu ditandatangani Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini.

Arahan dan pelaksanaan pemberian vaksin kepada ibu hamil itu berkuat kuasa serta merta hari ini.

Mengikut surat pekeliling bertajuk Garis Panduan Pelaksanaan Pemberian Vaksin Covid-19 Kepada Ibu Hamil, arahan itu dikeluarkan kerana kajian menunjukkan ibu hamil mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk.

Menurutnya, ibu hamil berdepan risiko jangkitan Covid-19 yang teruk sehingga memerlukan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dan bantuan pernafasan.

“Bagi meningkatkan kadar penerimaan vaksin Covid-19 dalam kalangan ibu hamil, pengenalpastian perlu dilakukan semasa lawatan rutin antenatal.

“Ibu mesti diberi penerangan dan ditawarkan vaksin Covid-19 seawal kehamilan. Janji temu akan diberi melalui aplikasi MySejahtera,” katanya.

Menurut pekeliling itu lagi, ibu hamil perlu diberi penerangan berkenaan maklumat terkini berkaitan kelebihan dan kesan vaksin kepada ibu dan janin sebelum ibu menandatangani Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19.

Jelasnya lagi, suntikan vaksin Pfizer masih menjadi keutamaan untuk diberikan kepada ibu hamil dan pemberian vaksin jenis lain dibuat hanya jika wujud masalah logistik dan pelaksanaan.

Dos pertama vaksin Covid-19 juga boleh diberikan seawal 14 minggu dan diikuti dos kedua mengikut jangka masa yang ditetapkan dan kedua-dua dos sebaik-baiknya dilengkapkan sebelum ibu memasuki trimester ketiga. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI