fbpx

Hasil inovatif produk Noura berkesan, sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAn produk Noura yang telah mendapat sambutan baik daripada pelanggan di Malaysia dan juga di luar negara.

Platform PKS

PETALING JAYA – Hanya bermula sebagai dropship, Siti Nor Haizan Aris telah berjaya membangunkan kerja­yanya menjual produk menurun­kan berat badan sehingga ke peringkat stokis bukan sahaja di Malaysia tetapi juga tersenarai sebagai salah seorang stokis terbesar di Indonesia, Si­ngapura dan Brunei.

Kejayaan yang ditempa itu sekali gus membangkitkan semangatnya untuk mengeluarkan produk sendiri dengan membangunkan empayar perniagaannya yang dikenali sebagai NOura Resources (NOura) pada tahun lalu.

Bersandarkan minat yang se­rius dalam segmen penurunan berat badan, beliau menggunapakai kemahiran dan pengalamannya yang lalu dengan mengeluarkan produk berjenama Noura pada pertengahan tahun 2020 ketika negara berdepan dengan persekitaran ekonomi sukar ekoran pandemik Covid-19.

Lebih yakin terhadap pemberian rezeki hanya daripada Yang Maha Esa, wanita berusia 37 yang berasal dari Sijangkang, Selangor itu nekad memulakan langkah kanan dengan memperkenalkan produk Noura Whitening C.

Jelas beliau, suplimen yang diperbuat daripada buah-buahan seperti kurma, delima, pelbagai jenis berries dan sayur-sayuran itu bertujuan untuk membantu meningkatkan kesihatan kulit.

Produk lain yang dilancarkan kemudian adalah Noura Choc Lite, Noura Lemon Lite, Noura Cofy Lite dan Noura CocoDytox yang dijual pada harga antara RM49 hingga RM75 sekotak.

Bagi Noura Choc Lite dan Noura Cofy Lite, produk itu telah ditambah baik kepada perisa coklat dan kopi tempatan yang bermutu tinggi.

Produk tersebut bertujuan untuk membantu membakar lemak dan meningkatkan kadar meta­bolisme badan.

Noura CocoDytox pula menawarkan dua perisa enak iaitu peach dan koko berbanding sebelum ini hanya berperisa lemon serta membantu membuang toksin di dalam badan.

Tambah beliau, produk yang dibangunkan melalui kajian dan pembangunan yang teliti selama tiga tahun itu turut diamalkannya sebelum dimula dijual di pasaran.

Jelasnya, produk yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan itu tidak menggunakan gula biasa sebaliknya mengantikan stevia sebagai penambah rasa manis.

“Saya berminat untuk mengeluarkan produk yang membantu menurunkan berat badan kerana saya sendiri telah mengamalkan nya sejak berlakunya pertambahan mendadak berat badan selepas melahirkan anak ketiga.

“Saya mula mencuba pelbagai jenis suplimen untuk menguruskan badan sehinggalah saya berjumpa dengan satu produk yang benar-benar serasi dengan diri sehingga membolehkan saya mengembalikan bentuk badan yang sepadan secara sihat.

“Tiada jalan mudah untuk kembali kurus dengan tahap kesihatan yang terbaik hanya melalui disiplin dan pengambilan makanan tambahan yang bersesuaian,” katanya ketika dihubungi secara maya baru-baru ini.

Pengalaman bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat hartanah dan juga dalam institusi perbankan telah menjadi tiket utama bagi dirinya untuk lebih agresif meneroka perniagaan sendiri dengan mengoperasikan NOura.

Pengalaman semasa kecil membantu ibu menjual nasi lemak di kampung untuk menambah pendapatan keluarga juga turut membantu menjadikan beliau lebih lasak, berani dan sentiasa berfikiran jauh untuk mengembangkan perniagaannya.

Tidak hairanlah modal berniaga yang dipinjamnya daripada ibu ketika mula-mula berjinak menjual barangan daripada syarikat lain telah berjaya dibayar semula dalam masa se­minggu sahaja.

Lebih menarik, daripada hasil titik peluhnya itu juga membo­lehkan beliau memiliki simpanan lebih daripada RM1 juta.

Hasil simpanan itu juga telah membolehkan Siti Nor Haizan membuka perniagaannya bermodalkan dana dalamannya.

Mengulas lanjut mengenai rangkaian pengedaran, syarikat itu kini memiliki kira-kira 500 pengedar termasuk 20 pengedar utama di bawah kendalian ibu pejabat.

Setiap pengedar utama pula memiliki rangkaian pengedarnya yang berjumlah antara 50 hingga 100 ejen di bawah kendalian ma­sing-masing.

“Kami menyediakan ganjaran menarik kepada setiap pengedar yang berjaya mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.

“Antaranya ialah wang tunai, barangan kemas dan beg berjenama.

“Hadiah ini sangat berbaloi dengan usaha mereka selama ini selain mendapat bimbingan dan sokongan daripada ibu pejabat.

“Mereka yang berusaha gigih mampu menjana pendapatan antara empat hingga lima angka sebulan,” jelasnya.

Siti Nor Haizan berharap, jumlah pengedarnya akan bertambah pada tahun ini kerana permintaan terhadap produk keluarannya semakin meningkat daripada pelanggan setianya serta mahu menawarkan per­khidmatan jualan yang cekap di seluruh negara.

“Sebenarnya banyak lagi pe­rancangan dalam kotak fikiran saya untuk memajukan perniagaan tetapi memandangkan kekangan daripada pandemik Covid-19, telah memaksa saya untuk mengubah strategi kepada online.

“Antaranya ialah dengan menyediakan pelbagai teras perniagaan bagi menggalakkan lebih ramai usahawan menyertai NOura seperti kelas asas perniagaan secara percuma, bantuan berniaga tanpa modal dan juga kaedah efektif dalam pemasaran.

“Pada tahun ini, kami telah berjaya menembusi pasaran di negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

“Justeru itu untuk tahun hadapan kami merancang mengukuh­kan lagi pasaran eksport dan menembusi lebih banyak negara berpotensi,” terang beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI