fbpx

Dua maut nahas bas, motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang bertembung dengan sebuah motosikal di Jalan Persiaran Korporat berdekatan Restoran As-Salam Nilai di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd. Fazley Ab. Fahman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi itu, pemandu bas, G.Manoharan, 59, maut di tempat kejadian manakala penunggang motosikal, S.Kartikeyan, 36, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, pemandu bas yang datang dari arah Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menghala Nilai dipercayai sedang bergerak terus sebelum melanggar sebuah motosikal.

“Motosikal itu dipercayai keluar dari simpang arah kanan, lalu hilang kawalan dan terlanggar pokok di bahu kanan jalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu pemandu bas mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki akibat tersepit dan di bawa ke Unit Forensik HTJ, Seremban untuk tujuan bedah siasat.

“Penunggang motosikal pula cedera parah di kepala dan meninggal dunia selepas menerima rawatan di HTJ, Seremban,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI