fbpx

Disamun ketika ingin solat subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menunjukkan lokasi barangan peribadi dibuang mereka

KLANG – Seorang lelaki yang baharu selesai menjalani hukuman Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 selama dua tahun sebelum ini nyata tidak insaf apabila menyamun ahli jawatankuasa masjid di kawasan perumahan Aman Perdana dekat sini baru-baru ini.

Dia bagaimanapun ditangkap bersama rakannya yang masing-masing berusia 20 dan 30an kira-kira pukul 5 petang pada Jumaat lalu selepas melakukan jenayah pukul 5.20 pagi hari yang sama.

Difahamkan, suspek sebelum ini menjalani hukuman POCA di Penjara Tapah, Perak.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, siasatan awal mangsa berusia 60an telah disamun ketika keluar dari keretanya untuk menunaikan solat subuh di surau tersebut.

Katanya, kedua-dua suspek bersenjatakan parang itu kemudiannya melarikan kereta milik mangsa.

“Kejadian tersebut berjaya dirakam televisyen litar tertutup ( CCTV ) dengan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bertindak hasil risikan kemudiannya membawa penangkapan kedua-dua suspek di Jalan Gamelan dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, soal-siasat terhadap suspek kemudiannya membawa ke lokasi pembuangan barangan peribadi milik mangsa kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Ujarnya, kereta mangsa jenis Toyota Vios pula ditemui di tempat letak kenderaan sebuah flat di Kapar selain merampas motosikal jenis Honda Dash.

“Semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau melibatkan kes samun, gaduh, curi kenderaan dan mendatangkan kecederaan serta penyalahgunaan dadah.

“Suspek juga baru tamat tempoh menjalani hukuman POCA selama dua tahun,” jelasnya.

Beliau menegaskan kedua-dua suspek kini direman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI