fbpx

Tapak stor simpan bahan kimia haram – JAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguatkuasa JAS membuat pemeriksaan ke atas tong simpanan bahan kimia yang menyebabkan pencemaran Sungai Sengkang dan Skudai.

KULAI – Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis penstoran haram bahan kimia serta individu yang menghasilkan bahan kimia berkenaan.

Pengarah JAS Johor, Dr. Famey Yusof berkata, tindakan tegas itu akan diambil setelah berlaku tumpahan sisa kimia dari stor haram tersebut yang menyebabkan berlaku pencemaran ke Sungai Sengkang seterusnya ke Sungai Skudai.

Beliau berkata, tindakan pantas agensi penguatkuasa seperti Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai serta Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) berjaya menyekat lebih banyak tumpahan berlaku.

“Susulan menerima aduan pada pagi itu, JAS Johor telah membuat siasatan terperinci dengan bantuan agensi berkaitan di sungai berdekatan. Pengawasan dibuat mendapati sungai itu tidak lagi tercemar setakat ini.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, JAS memasang beberapa ‘oil boom’ di sungai itu untuk memastikan tidak ada lagi pencemaran yang berlaku sebagai perlindungan lapisan kedua,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan di stor penyimpanan bahan kimia secara haram di Kampung Baru Sengkang, di sini hari ini.

Pihak MPKu juga telah mengarahkan premis haram itu untuk berhenti operasi dan akan ditutup sehingga siasatan selesai dijalankan.

Famey berkata, siasatan awal mendapati tapak stor penyimpanan itu merupakan tapak pertanian dan kegiatan penstoran bahan kimia juga dilaksanakan secara haram.

Kes disiasat di bawah Akta 127 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana menjalankan kegiatan pelupusan secara haram. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI