fbpx

Mutasi luar biasa varian Lambda dibimbangi kebal vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 82 peratus daripada kes Covid-19 di Peru adalah berasal daripada varian Lambda. - AFP

LONDON – Sekumpulan pegawai kesihatan memberi amaran berhubung  mutasi luar biasa dalam varian Lambda yang kini menular di Britain kerana dibimbangi kuman itu boleh menjadi kebal terhadap vaksin Covid-19, lapor akhbar The Sun semalam.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), varian terbaharu itu turut berkongsi mutasi genetik yang sama dengan varian Delta sekali gus menjadikannya lebih mudah menjangkiti.

Turut dikenali sebagai C.37, varian Lambda dikesan pertama kali di Peru pada tahun lepas sebelum pantas merebak  ke 27 negara termasuk Britain.

Saintis-saintis mula sedar mengenai varian tersebut pada Disember tahun lepas apabila ia dijumpai dalam ‘satu daripada 200 sampel’.

Bagaimanapun, menjelang Mac lepas, kadar itu meningkat kepada 50 peratus daripada jumlah kes, dan kini angka tersebut mencecah 82 peratus, kata WHO.

Sementara itu, di Chile, varian itu merangkumi hampir satu pertiga daripada jumlah kes Covid-19 negara itu.

“Buat masa ini, tiada bukti menunjukkan varian ini lebih agresif berbanding varian lain.

“Ia berkemungkinan mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi, namun banyak kajian perlu dijalankan terhadap varian ini,” kata penasihat Pertubuhan Kesihatan Pan-Amerika, Jairo Mendez. 

Varian Lambda kini dinamakan sebagai varian ketujuh yang dipantau oleh WHO.

Sebanyak enam kes varian itu direkodkan di Britain pada minggu lepas. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI