fbpx

Korek sampai kering Akaun 2 KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Terima kasih Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana membenarkan pencarum mengeluarkan duit menerusi skim i-Citra sebanyak RM5,000.

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu itu melegakan rakyat terutama mereka yang terjejas akibat total lockdown ketika ini.

Selain i-Citra, moratorium selama enam bulan turut diberikan kepada semua peminjam individu.

Pelbagai bentuk bantuan khas diumumkan kerajaan dengan nilai keseluruhan RM150 bilion, namun i-Citra dan moratorium antara yang paling menarik perhatian.

Meskipun begitu i-Citra yang diumumkan kerajaan sebenarnya bukanlah menggantikan i-Sinar yang membolehkan pencarum mengeluarkan duit daripada Akaun 1, sebaliknya skim baharu itu adalah kesinambungan i-Lestari.

Ketika pengumuman dibuat, ramai yang seronok kerana mereka sangka wang akan dikeluarkan seperti i-Sinar, tetapi rupa-rupanya menerusi Akaun 2 dan jika wang sudah tiada, barulah duit daripada Akaun 1 akan ‘dikorek’.

Benarlah seperti usikan netizen yang mengaitkan skim-skim itu dengan nama selebriti Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari. Selepas i-Lestari, i-Citra dan mungkin selepas ini i-Bunga pula yang juga daripada Akaun 2.

Maka, ramailah yang tidak berpuas hati kaedah pengeluaran itu.

Kebanyakan pencarum sudah tidak memiliki wang yang banyak di Akaun 2 kerana di situlah segala urusan pengeluaran bagi tujuan bayaran perumahan, pendidikan dan perubatan dilakukan.

Jika terus dikeluarkan sehingga akaun ‘kering’, umur 50 tahun nanti mereka tidak akan mempunyai wang lagi untuk sebarang kecemasan.

Itu adalah pendapat rakyat marhaen, namun bagi pihak KWSP, mereka cuba mencari keseimbangan antara membantu ahli yang memerlukan dan pada masa sama tidak mahu wang persaraan dikeluarkan.

Dalam erti kata lain, KWSP mahu hanya pencarum yang benar-benar terjejas akibat Covid-19 memohon i-Citra dan bukannya mereka yang sesuka hati ingin membeli emas atau gajet.

Berdasarkan rekod, sebanyak 12.4 juta pencarum KWSP layak memohon i-Citra dengan 8.7 juta daripada mereka memiliki dana mencukupi melebihi RM5,000.

Bagaimanapun, baki 3.7 juta pencarum lagi amat menyedihkan apabila mereka hanya mempunyai dana kurang daripada RM5,000.

Ketika i-Sinar diperkenalkan, syarat kelayakan pada mulanya hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau sudah tiada sumber pendapatan.

Bagaimanapun, setelah didesak rakyat, kerajaan akhirnya membenarkan pengeluaran tanpa syarat.

Kali ini, perkara sama berulang lagi. Adakah kerajaan akan tetap dengan pendirian hanya membenarkan pengeluaran wang i-Citra dilakukan menerusi Akaun 2?

Jika tidak pencarum tiada pilihan selain terpaksa korek duit daripada Akaun 2 sampai kering.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI