fbpx

Aamir Khan dan isteri kini bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AAMIKR KHAN di sisi Kiran yang kini membawa haluan masing-masing.

MUMBAI – Rumah tangga pelakon dan penerbit terkenal Bollywood, Aamir Khan dan isteri, Kiran Rao yang dibina selama 15 tahun akhirnya terkecai selepas kedua-duanya membuat keputusan untuk bercerai.

Dalam satu sidang media hari ini, Aamir membuat pendedahan bahawa dia bersama Kiran sebenarnya sudah lama merancang untuk berpisah.

“Sebenarnya kami berdua sudah lama merancang untuk berpisah dan hari ini adalah masa yang tepat untuk melakukannya (bercerai) secara rasmi.

“Sepanjang usia perkahwinan kami selama 15 tahun, saya dan isteri saling berkongsi pengalaman hidup, gembira dan ketawa bersama-sama. Kehidupan kami sangat indah. Hubungan yang kami bina juga adalah atas rasa percaya, cinta dan hormat,” katanya.

Selepas bercerai, Aamir berkata dia akan memulakan episod baharu dalam hidup dan membawa haluan masing-masing.

Dalam pada itu, Aamir berkata dia dan isteri tidak akan lupa akan tanggungjawab terhadap anak mereka, Azad Rao yang kini berusia 11 tahun.

“Kami tetap menjadi ibu bapa yang setia kepada anak lelaki kami, Azad. Kami akan menjaga dan membesarkannya bersama-sama,” ujar Aamir.

Selain itu, pelakon filem Mann itu juga berkata mereka akan terus bekerjasama dalam pembikinan filem, kerja amal Yayasan Paani dan projek-projek lain jika turut melibatkan bekas isterinya.

Amir dan Kiran bertemu buat pertama kali sewaktu penggambaran filem Lagaan. Pada masa tersebut, Kiran bertugas sebagai penolong pengarah.

Pasangan itu berkahwin pada 28 Disember 2005 dan mendapat cahaya mata pertama, Azad Rao Khan pada 2011. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI