fbpx

Tiga pelajar Orang Asli catat PNGK 4.0 STPM 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga daripada 73 pelajar Orang Asli mencatat keputusan PNGK 4.0 dalam peperiksaan STPM 2020.

PETALING JAYA – Tiga daripada 73 pelajar Orang Asli mencatat keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020.

Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, seramai 30 lagi pelajar Orang Asli lain mencatat keputusan PNGK 2.8 ke atas.

“Ringkasan keputusan PNGK pelajar Orang Asli mencapai PNGK 3.5 sehingga 4.0 seramai 14 orang. PNGK 3.0 sehingga 3.49 seramai 15 orang dan PNGK 2.80 sehingga 2.99 empat orang.

“Keputusan ini membanggakan KPLB selaku kementerian bertanggungjawab dalam Pembangunan Modal Insan masyarakat Orang Asli melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Rahman berkata, lebih membanggakan pelajar Orang Asli terbabit mencatat keputusan cemerlang disebalik penularan pandemik Covid-19.

Menurut beliau, kejayaan murid Orang Asli itu merupakan hasil kerja keras daripada semua pihak selain usaha pelajar terbabit untuk berjaya.

Jelas beliau, KPLB turut menyediakan peruntukan untuk bantuan pendidikan murid Orang Asli terlibat termasuk pemberian wang saku, pengangkutan, peralatan dan pakaian sekolah.

Terdahulu, KPLB memaklumkan pelajar Orang Asli mencatat PNGK 4.0 ialah Nur Maisarah Abdul Malik dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dong, Raub, Pahang.

Dua lagi pelajar Orang Asli mencatat keputusan sama Diana Bah Said dari SMK Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands, Pahang dan Intan Nurhidayah Lim dari SMK Datuk Sulaiman, Parit Sulong, Johor. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI