fbpx

Perbicaraan kes jenayah, sivil di mahkamah diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI

PETALING JAYA – Operasi mahkamah bagi perbicaraan kes jenayah dibenarkan sepanjang
tempoh Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi kes sivil termasuk kes tribunal dibenarkan beroperasi secara dalam talian termasuk di kawasan PKPD.

“Pengoperasian pejabat Pesuruhjaya Sumpah mengambil kira pejabat Pesuruhjaya Sumpah memainkan peranan penting dalam memberi sokongan terutama kepada sektor hartanah dan perbankan serta operasi melibatkan kontrak dan urus niaga.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut memutuskan untuk membenarkan operasi pejabat Pesuruhjaya Sumpah dibenarkan sepanjang tempoh Fasa Satu PPN kecuali di kawasan PKPD,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Esok seluruh Selangor dan beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dilaksanakan PKPD.

Ismail Sabri berkata, beliau berharap semua penduduk di kawasan PKPD mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Menurut beliau, langkah bagi melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19 adalah tanggungjawab bersama.

“Mari kita bersama-sama tanpa mengira latar belakang agama, bangsa mahupun fahaman politik berganding bahu memutuskan rantaian Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI