fbpx

[VIDEO] Pasar raya diserbu ‘sambut’ PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur bagi melakukan pembayaran di kaunter sebuah pasar raya di Shah Alam.

SHAH ALAM – Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa daerah negeri ini membuatkan pasar raya ‘diserbu’ orang ramai ramai yang ingin membeli barangan keperluan sebagai persiapan awal.

Hasil tinjauan mendapati orang ramai mula mengunjungi pasar raya seawal pukul 8 pagi dengan jumlah makin meningkat memasuki tengah hari tadi.

Seorang pembeli yang mahu dikenali sebagai Suzana, 35, berkata, dia membeli-belah pada hari ini kerana bimbang bahan makanan asas tidak ada stok di pasar raya dalam tempoh dua minggu ini.

“Hari ini habiskan kira-kira RM300 untuk stok makanan bagi saya lima sekeluarga.

“Beberapa pasar raya saya kunjungi sebelum ke sini didapati penuh dengan orang ramai yang turut ingin membeli persiapan awal,” katanya ketika ditemui sini hari ini.

Berdasarkan tinjauan, antara barangan keperluan seperti minyak masak, ayam dan ikan hampir habis sebelum diisi semula pihak pengurusan pasar raya.

Bagi seorang pelanggan dikenali Daud, 38, memberitahu, situasi hari ini mengingatkannya kepada pembelian panik sehari sebelum PKP 1.0
dilaksanakan Mac tahun lalu.

“Namun kali ini, pihak pasar raya dilihat telah mengambil stok bahan makanan mencukupi demi keperluan pengguna ‘menyambut’ PKPD.

“Saya berharap PKPD tidak akan dilanjutkan selepas 16 Julai depan ekoran rakyat cukup terkesan ketika ini,” jelasnya

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan hampir keseluruhan daerah di Selangor dikenakan PKPD bermula esok sehingga 16 Julai ini.

Antara daerah yang terlibat ialah Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling dan Sepang selain 14 lokaliti di Kuala Lumpur. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI