fbpx

Nuno dilantik pengurus baharu Tottenham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNO dilihat calon terbaik untuk mengembalikan kegemilangan Spurs selepas apa yang beliau lakukan bersama Wolves sebelum ini. – AFP

LONDON – Selepas melalui tempoh yang panjang untuk mendapatkan pengurus baharu, akhirnya Tottenham Hotspur membuat keputusan untuk menamakan Nuno Espi­rito Santo sebagai pengendali baharu pasukan itu.

Nuno yang meninggalkan Wolverhampton Wanderers pada penghujung musim lalu menggantikan Jose Mourinho di Spurs selepas pasukan itu melalui tempoh 72 hari tanpa pengurus tetap selepas beliau dipecat sebelum aksi final Piala Liga England.

Spurs kemudian dikaitkan dengan beberapa nama calon dan sebahagian mereka menolak tawaran sebelum mereka melantik Nuno sebagai pengurus baharu.

Kelab itu mengesahkan bahawa Nuno menandatangani kontrak selama dua tahun sehingga 2023 selepas menghabiskan masa selama empat tahun di Molineux.

Bersama Wolves, Nuno berjaya membawa pasukan itu menjuarai Liga Kejuaraan pada musim pertama dan dinaikkan pangkat ke Liga Perdana Inggeris selain membantu mereka menamatkan saingan di kedudukan ketujuh untuk dua musim berturut-turut.

Pencapaian itu adalah yang terbaik dicapai oleh pasukan berkenaan sejak 1980 selain beliau juga membantu Wolves mara ke suku akhir saingan Liga Europa pada musim 2019/2020.

“Apabila anda memiliki pa­sukan yang mempunyai kualiti dan bakat, sudah tentu kami akan cuba membuatkan peminat berasa bangga dan gembira.

“Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk memulakan tugas di sini. Kami tidak boleh mensia-siakan setiap hari yang dilalui dan perlu bekerja keras pada pramusim nanti,” kata Nuno dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab itu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI