KUALA LUMPUR – Bagi penduduk yang tinggal di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), hanya tiga individu (termasuk pemandu) dibenarkan untuk membuat pergerakan bagi tujuan perubatan atau vaksinasi.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mereka hanya perlu menunjukkan janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang, kad janji temu atau khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada petugas di lapangan.
“Bagi kes-kes kecemasan seperti sakit dan kematian, kebenaran pergerakan akan diberikan secara ‘case to case basis’.
“Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bersama-sama memainkan peranan dalam usaha kerajaan melandaikan lengkuk penularan wabak Covid-19,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.
Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di lapan daerah dalam Selangor yang membabitkan 34 buah mukim berkuat kuasa 3 hingga 16 Julai ini.
Sebanyak 14 lokaliti di Kuala Lumpur turut dikenakan PKPD. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929