fbpx

AIM tangguh bayaran balik pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mengumumkan lanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman yang dibuat oleh 378,507 peminjam dikenali sebagai Sahabat AIM berkuatkuasa 1 Julai sehingga 31 Julai 2021.

Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata, langkah itu dibuat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilanjutkan oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak Covid -19.

“AIM juga memutuskan untuk menangguhkan Pembentangan Permohonan bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar (SPI), Pengeluaran Tabung Kumpulan, Tuntutan Tabung Khairat Hutang, Penjadualan Semula Pembiayaan dan juga pembentangan untuk Tangguh Bayar Balik Pinjaman.

“Bagaimanapun, Kutipan Balik bayaran SPI melalui kaedah bukan tunai (e-pay) adalah dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya sehingga kini, AIM telah memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada Sahabat AIM selama lapan minggu bermula tarikh PKP 3.0 berkuatkuasa secara penuh pada 1 Jun 2021 lalu.

Selain itu, semua Mesyuarat Pusat (MP), Perjumpaan Pusat Khas (PPK) dan Kutipan bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar, Simpanan Tabung Kumpulan, Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) dan Tabung Khairat Hutang juga ditangguh sehingga 31 Julai 2021.

“AIM sebelum ini telah memberi penangguhan bayaran balik selama 16 minggu secara automatik kepada semua Sahabat ketika PKP 1.0 dilaksanakan.

“Ia kemudiannya diikuti dengan penangguhan bersasar hingga Oktober 2020 yang membabitkan seramai 12,568 Sahabat,” ujarnya.

Selain itu, Lajim memaklumkan AIM juga telah memperkenalkan lapan Pakej Rangsangan Ekonomi AIM serta menyediakan pelbagai inisiatif lain termasuk Penangguhan Tambahan PKPB, program kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan, serta bengkel dan kursus keusahawanan digital untuk Sahabat.

“Bagi memastikan kebajikan Sahabat dibela, AIM juga memberi bantuan bekalan makanan asas yang telah memberi manfaat kepada 20,700 keluarga Sahabat menerusi Program Bakul Kasih AIM,” tambahnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI