fbpx

59,322 penerima dapat manfaat RM69.3 juta Zakat Selangor Peduli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sebanyak RM69.3 juta diperuntukkan menerusi 19 inisiatif bantuan di bawah Zakat Selangor Peduli bagi menyantuni asnaf dan golongan B40 terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 .

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan M. Yusop, inisiatif bantuan tersebut akan memberikan manfaat kepada 59,322 penerima dan 431 institusi yang dilaksanakan secara berperingkat sehingga Disember ini.

Katanya, sebelum ini dua inisiatif utama agihan kebajikan telah dilaksanakan sepanjang tempoh PKP 1.0 dan PKP 2.0 melibatkan Bantuan Khas Covid-19 dan Bantuan Alternatif Insan Terkesan bagi menyantuni golongan asnaf dan mereka yang terjejas di Selangor.

“Secara pecahannya menerusi Zakat Selangor Peduli, sebanyak RM25.7 juta diperuntukkan kepada 36,622 penerima daripada golongan golongan asnaf fakir, miskin dan mualaf di negeri ini meliputi bantuan asasi, keperluan hidup serta bantuan pendidikan.

“Jumlah penerima itu termasuklah 1,000 penerima dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) serta 7,000 pelajar asnaf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal menerima bantuan komputer riba dan tablet berserta data internet bagi memudahkan pelajar mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh PKP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, peruntukkan juga disalurkan kepada 700 penerima membabitkan 1.5juta kepada peniaga asnaf dan bukan asnaf yang terjejas.

Ujar Saipolyazan, manfaat Zakat Selangor Peduli juga adalah kepada 431 institusi dan 7,000 penerima membabitkan RM30.6juta dalam menyokong pemulihan institusi agama di negeri ini.

“Bantuan sebanyak RM1juta pula akan disalurkan bagi menyokong keperluan asas barisan hadapan melalui sumbangan kepada hospital, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menggunakan peruntukan asnaf amil.

“LZS juga memperuntukkan RM10.5 juta agihan zakat khusus untuk kelangsungan kumpulan rentan yang terkesan, terutama golongan B40 yang terjejas pendapatan atau kehilangan pekerjaan membabitkan 15,000 penerima,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan golongan B40 yang menetap di Selangor dan terjejas pendapatan atau kehilangan pekerjaan boleh memohon Bantuan Zakat Selangor Peduli bermula hari ini secara dalam talian melalui laman sesawang www.zakatselangor.com.my.

“Bantuan 500 akan diberikan secara ‘one-off’ tertakluk kepada syarat dan kelayakan,” katanya. -K! ONLINE

 

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI