fbpx

5 beranak putus bekalan kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jimmy Puah menyantuni sebuah keluarga di Taman Putri, Kulai, Johor hari ini selepas mereka mengibarkan bendera putih sebagai tanda memohon bantuan segera.

JOHOR BAHRU – Empat beranak yang tinggal di Taman Putri, Kulai dekat sini terpaksa mengibarkan bendera putih hari ini selepas buntu memikirkan nasib mereka mendepan cabaran pandemik Covid-19.

Salah seorang penghuni kediaman terbabit yang mahu dikenali sebagai Aiman Shah, 21, berkata, mereka menaikkan bendera itu pada pagi ini setelah bekalan makanan terputus.

Tindakan mengantungkan bendera sebagai tanda memerlukan bantuan itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse.

Menurut Jimmy Puah, perkara itu disedari pihaknya semasa sedang melalui kawasan berkenaan pada pukul 12.30 tengah hari, hari ini.

“Saya terus melakukan lawatan ke rumah berkenaan sebelum mendapati penghuni rumah yang dikenali sebagai Aiman Shah telah menggantung bendera putih itu pada pagi hari ini.

“Berdasarkan temubual dengan Aiman Shah yang berusia 21 tahun itu, kediaman itu dihuninya bersama bersama ibu dan tiga beradiknya yang lain.

“Manakala ayah mereka pula sudah meninggal dunia pada hujung tahun lalu dan keluarga ini memang berada dalam situasi yang memerlukan bantuan,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya terus bertindak menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada keluarga berkenaan.

Tambah Wee Tse, pihaknya berikrar untuk memberikan pertolongan secepat mungkin kepada mana-mana kediaman yang menaikkan bendera putih, lebih lagi dalam kawasan DUN Bukit Batu.

“Saya juga berharap lebih ramai pihak yang berkemampuan agar sama-sama prihatin terhadap mana-mana keluarga yang menaikkan bendera putih di hadapan rumah mereka,” ujarnya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI