fbpx

Peruntukan RM300,000 bakul makanan diagih hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Peruntukan RM300,000 kepada setiap Ahli Parlimen bagi pelaksanaan Program Bantuan Bakul Makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mula disalurkan hari ini.

Pejabat Perdana Menteri berkata, bagi kawasan Parlimen Gerik dan Batu Sapi, peruntukan itu akan disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik dan Majlis Perbandaran Sandakan.

Ia berikutan kekosongan kerusi Parlimen Gerik dan Batu Sapi ekoran kematian kedua-dua penyandangnya iaitu Allahyarham Datuk Hasbullah Osman dan mendiang Datuk Liew Vui Keong.

“Peruntukan ini telah disalurkan kepada semua Ahli Parlimen bermula hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi pengumuman PEMULIH pada Isnin lalu memaklumkan program bantuan bakul makanan sedia ada akan diteruskan dan dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan golongan yang terkesan.

“Tambahan program ini yang melibatkan agihan peruntukan sebanyak RM300,000 diberikan kepada setiap Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Pembangkang.

“Peruntukan ini bagi memperkasakan program Bantuan Bakul Makanan sedia ada untuk memastikan pelaksanaan yang lebih terangkum dan efektif kepada kumpulan sasar di seluruh negara,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI