fbpx
Gadis ini menjadikan kain pelikat arwah ayahnya sebagai baju untuk mengubat rindu. - TikTok

Baju dari kain pelikat ayah jadi ubat rindu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang gadis dari Indonesia yang kehilangan ayah menemui cara menarik untuk mengubat kerinduannya apabila mengubah suai kain pelikat Allahyarham menjadi baju, lapor Suara.com, semalam.

Menerusi muat naik di akaun TikTok @redvelvetenak, gadis itu memaparkan beberapa keping foto menunjukkan dia menyarung baju bercorak kotak coklat hasil jahitan ibunya.

Ibunya menjahit kain pelikat milik arwah menjadi baju. – TikTok

“Baju kesayangan yang dijahit ibu daripada kain pelikat arwah ayah,” tulisnya pada video itu.

Berdasarkan paparan video, gadis ini memberitahu ibunya yang bekerja sebagai tukang jahit menyuruh dia memilih salah satu kain pelikat milik arwah bapanya untuk disimpan.

Dia memilih kain pelikat paling digemari dan meminta ibunya menjahit kain itu menjadi baju moden yang boleh dipakai sentiasa.

Kisah ini mengundang rasa sebak netizen yang rata-rata meminta semua yang masih mempunyai bapa untuk menghargai kehadiran mereka.

“Ubat paling berkesan untuk menghilangkan rasa rindu, pakaian milik arwah yang sudah pergi,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Pasti dia terasa bapanya sentiasa bersamanya pada setiap saat,” komen seorang lagi. – Agensi

POPULAR