fbpx

Unit khas polis, CITF siasat aktiviti jual vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Satu unit khas ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat dakwaan aktiviti penjualan vaksin dan janji temu suntikan vaksin.

Perkara itu disahkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini.

Beliau berkata, unit khas siasatan itu akan bekerjasama dengan CITF bagi menyiasat dakwaan berkenaan.

“Kami mahu polis segera menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit dalam aktiviti menjual vaksin ini,” katanya.

Katanya, setakat ini, empat laporan polis dibuat CITF bagi menyiasat dakwaan itu.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sebelum ini mendedahkan aktiviti penjualan vaksin oleh syarikat swasta bukan penjagaan kesihatan kepada kumpulan persendirian.

Menurut MMA, vaksin berkenaan dijual dengan harga kira-kira RM400 bagi dua dos untuk seorang individu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI