fbpx

Tidak perlu bimbang tentang tarikh luput selepas divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai tidak perlu risau tentang tarikh luput.

PETALING JAYA – Orang ramai tidak perlu bimbang tentang tarikh luput yang tertera di aplikasi MySejahtera selepas divaksin.

Menerusi satu perkongsian di Twitter rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, tarikh tersebut bermaksud vaksin harus diberikan sebelum daripada tarikh yang ditulis.

“Tarikh luput yang tertera selepas proses vaksinasi merujuk kepada jangka hayat yang disyorkan khusus untuk kumpulan vaksin yang diberikan kepada anda.

“Anda tidak perlu merasa bimbang jika vaksin tersebut diberikan sebelum tarikh yang tertulis,” ciapnya.

Tambahnya, untuk makluman, tarikh luput itu juga tiada kaitan dengan dos kedua vaksinasi yang diberikan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI